Rusdi RamliPETALING JAYA: Seperti tahun-tahun sebelumnya, pelakon Rusdi Ramli mengakui sudah biasa menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur.Katanya, ketika remaja dia pernah teringin untuk menyambut hari kebesaran tersebut dalam suasana kampung seperti kebanyakan orang lain, namun tidak berpeluang. "Dulu memang saya ada perasaan teringin untuk pulang beraya di kampung halaman seperti kawan-kawan yang lain tetapi malangnya keluarga saya kesemuanya berasal dari Kuala Lumpur."Tapi sekarang bila dah dewasa ini dah tiada lagi perasaan nak balik kampung, beraya di sini (Kuala Lumpur) pun meriah juga," katanya.Tambah Rusdi, biarpun haya beraya di ibu kota namun dia masih dapat merasakan suasana raya yang berbeza berbanding Hari Raya sebelum ini."Kalau dulu Kuala Lumpur akan sunyi sepi selama seminggu kerana ramai yang pulang beraya namun perbezaannya sekarang tiga hari raya sahaja sudah kembali sibuk," katanya.Bercerita tentang raya, Rusdi berkata dia dan keluarga menyambutnya dengan sederhana."Seperti orang lain juga persiapan kami biasa-biasa saja, baju raya Alhamdulillah ada sepasang dan kami tidak ada apa-apa tema sebab raya perlu berwarna-warni," katanya.