Zul HuzaimyKUALA LUMPUR: Pelakon Zul Huzaimy Marzuki, 33, (Zul) memilih untuk menyambut lebaran tahun ini dengan pendekatan berbeza iaitu mengembara ke tempat orang bagi menikmati kepelbagaian budaya dan cara sambutan perayaan itu di kalangan masyarakat luar Malaysia."Pada Hari Raya ini, saya pergi bercuti di sebuah negara dalam Asia untuk melihat tempat orang dan budaya umat Islam di negara jiran dalam meraikan hari kemenangan ini. "Bagi saya, ia satu pengalaman yang sangat bernilai kerana dapat mempelajari banyak perkara baru di negeri orang."Peluang untuk melihat dan berkongsi cara orang luar meraikan Hari Raya adalah ilmu yang bernilai," katanya yang berangkat sehari sebelum Syawal lalu.Tambah pelakon teater “Sri Mersing” ini, sejak bergelar duda secara rasmi pada Julai tahun lalu, dia kini lebih bebas untuk bergerak dan melakukan sebarang aktiviti atau perancangan.Namun, tegasnya ia sama sekali tidak bermakna dia mengabaikan anak tunggalnya, Awal Haziq, yang berusia lima tahun.."Kita beraya selama sebulan kan jadi tiada masalah untuk berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak selepas saya pulang daripada bercuti."Lagipun, saya dan bekas isteri memang sepakat dan tiada masalah tentang waktu penjagaan anak kerana kami masih baik seperti dulu," katanya.