Hardy Hartono sambut Hari Raya dalam kesederhanaan. - Foto oleh CHUA KOK HWAPETALING JAYA: Aktor dan model Indonesia, Hardy Hartono, 27, mengakui keluarganya tidak meraikan Hari Raya secara meriah sebagaimana yang diamalkan oleh orang muslim di Malaysia.Katanya, faktor darah campuran iaitu Jawa (bapa) dan Belanda (ibu) adalah antara sebab yang membuatkan sambutan Hari Raya hanya diraikan secara sederhana dalam keluarganya. "Keluarga kami tidak menyambut Hari Raya dalam keadaan meriah seperti yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara ini. Kebetulan pula selepas ayah saya meninggal dunia, kami tidak lagi meraikannya dengan meriah seperti dulu.“Seperti tahun-tahun yang sudah, selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri kami akan berkunjung ke kubur ayah."Selepas itu, saya, ibu dan dua adik perempuan akan pulang ke rumah dan makan-makan," katanya yang ditemui, baru-baru ini.Kongsi Hardy lagi, sebagai seorang selebriti muslim, dia berasa lebih terpanggil untuk terlibat dalam aktiviti amal jariah bersama anak-anak yatim dan fakir miskin sepanjang bulan yang mulia ini berbanding ."Daripada membazir dan berbelanja besar untuk Hari Raya, saya lebih suka membelanjakan duit untuk meraikan anak yatim dan fakir miskin."Waktu yang dihabiskan dengan menziarahi rumah anak yatim ini lebih menginsafkan diri akan kelebihan yang saya nikmati," katanya.Selepas cuti Hari Raya, pelakon drama Kitab Cinta arahan Erma Fatima ini akan kembali ke Malaysia untuk penggambaran musim kedua drama yang bersiaran di TV AlHijrah itu.