Aida dan Saiful sewaktu hari pernikahan.PETALING JAYA: Anak kepada pasangan Aida (Gadis Melayu), 26, dan pembaca berita Buletin Utama TV3, Mohd Saiful Nizam Ismail, 29, telah selamat menjalani pembedahan jantung akibat mengidap penyakit Truncus Arteriosus Type 1.Menurut Saiful Nizam, anaknya, Aida Eirdeena yang berusia lebih dua bulan itu sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sejak 12 September lalu. "Anak saya menghidapi penyakit jantung kongenital apabila saluran darah utama dari jantung ke badan dan paru-paru bercantum dan terdapat lubang pada dinding antara dua-dua bilik pengepam jantung."Kini dia sudah stabil dan masih dirawat di IJN selepas dibedah pada 14 September lalu. Saya rasa seperti suatu keajaiban apabila anak saya tidak mengalami masalah teruk setelah dibedah," kata Saiful.Dia menganggap anaknya mempunyai tubuh badan yang kuat dan bersyukur kerana tekanan paru-paru yang dialaminya sudah sembuh."Eirdeena mengalami masalah denyutan jantung yang laju sejak dilahirkan. Bagaimanapun kami reda dengan qada dan qadar Tuhan."Walaupun kadangkala kami bersedih tetapi kami kena kuat menghadapi perkara ini agar dapat memberikan semangat kepada anak kami."Jadi, sebagai ibu bapa, kami perlu reda dan banyak berdoa kepada Allah," ujarnya.