suria

Amitabh Bachchan Cedera Ketika Penggambaran

SELEPAS Abshishek Bachchan mengalami kecederaan ketika penggambaran filem Bol Bachchan minggu lalu, bapanya pelakon terkenal Bollywood Amitabh Bachachan mengalami kejadian yang sama ketika penggambaran filem yang sama.

Amitabh dikatakan mengalami kemalangan ketika melakukan sedikit aksi dalam filem tersebut sehingga menyebabkan dadanya terluka dan sukar bernafas.

"Kemalangan kecil berlaku ketika dia melakonkan adegan aksi, dadanya terluka dan dia sukar untuk bernafas," ujar seorang sumber seperti dipetik www.sify.com.

"Seperti sudah musim kemalangan mungkin, mulanya Abshishek, sekarang aku pula.. Namun doktor memberitahu ia tidak teruk dan akan sembuh dalam masa terdekat," kata Amitabh.

Dalam pada itu, Amitabh turut memberitahu peminat melalui akaun Twitter miliknya agar tidak terlalu bimbang dengan situasi yang menimpanya itu.

"Para peminat, aku harap mereka bertenang. Ia hanya sebuah kemalangan kecil sahaja," tulisnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain