suria

Ketawa Penting Dalam Hidup Justin Timberlake

PELAKON Justin Timberlake (gambar) tidak hanya kelihatan ceria dalam filem lakonannya bahkan dalam kehidupan luarannya juga Justin mengaku seorang yang humor dan gemar ketawa.

Aktor tampan berusia 30 tahun itu berasa sangat sukar untuk melihat perkara buruk dalam hidup. Jadi sebab itu dia akan mencuba untuk mencari sisi humor dalam segala hal.

"Tidak ada perkara di dunia ini yang tidak boleh membuat saya tertawa. Ketawa itu sangat penting," kata pelakon filem Friends for Benefit itu menurut ShowBizSpy, Jumaat.

Menurutnya, ketawa boleh menjauhkan dirinya dari stres. Dia juga sering bergurau dengan para kru di lokasi penggambaran untuk menghilangkan ketegangan.

"Wang tidak boleh membeli kebahagiaan," katanya lagi.

Artikel Sebelum

Tiada Kekecewaan Bagi Shila Amzah

Artikel Berikut

Artikel Lain