suria

Johnny Depp Hadapi Masalah Jalani Fotografi

Johnny Depp
Johnny Depp
Johnny Depp

AKTOR popular Hollywood, Johnny Depp, mengakui bahawa dia mempunyai masalah besar apabila menjalani mana-mana sesi fotografi.

Menerusi wawancara bersama majalah Vanity Fair bagi edisi bulan November, aktor ini mengakui sukar memberikan aksi-aksi menarik ketika bergambar walaupun sudah bertahun-tahun berada dalam industri perfileman Hollywood.

"Saya rasa seperti “diperkosa” apabila foto wajah saya diambil. Entahlah, susah untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Apa yang boleh dikatakan, saya rasa pelik dan bodoh," akuinya.

Walaupun sesi fotografi adalah bukanlah kepakaran dan kesukaannya, Johnny terpaksa menerima tawaran sesi fotografi daripada mana-mana majalah kerana wang yang diterima itu akan diberikan kepada anak-anaknya.

"Saya rasa bodoh dengan pekerjaan ini tapi tetap menerimanya kerana wang yang diperoleh itu khas buat anak-anak saya," katanya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain