Wajah terbaru Sheera. Foto THE STAR Oleh DANIL ROSLAN.KUALA LUMPUR: Pelakon Sheera Iskandar menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk berjumpa dengan penerbit drama, A.Aida bagi membincangkan mengenai kontroversi yang masih belum selesai di antara mereka berdua.Sheera yang ditemui mStar Online pada Rabu berkata, kekecohan yang berlaku di antara mereka sebelum ini bukan berpunca daripadanya dan dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk berdiam diri. "Daripada awal bukan saya yang memulakannya oleh sebab itu saya rasa tidak ada keperluan untuk saya bertemu atau berbincang mengenai perkara yang tercetus di antara kami berdua."Lagipun saya telah menyelesaikan semua tanggungjawab saya dengannya malah pihak Astro yang menyiarkan drama Halimah Jongang tidak mempunyai masalah dengan apa yang dikatakan masalah sebelum ini," ujarnya.Pun begitu, Sheera memberitahu dia tidak mahu lagi isu itu dibangkitkan kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjayanya.Sebelum ini, A.Aida mendakwa Sheera melanggar kontrak termasuk mengambil tawaran daripada produksi lain ketika penggambaran Halimah Jongang.A.Aida turut menyifatkan Sheera sebagai kurang ajar kerana memotong rambut sehingga menyebabkan berlakunya rombakan skrip dalam drama tersebut.Akibat tindakan Sheera itu, A.Aida berhasrat mengambil tindakan mahkamah ke atasnyaDalam pada itu, Sheera memberitahu rezekinya dalam bidang lakonan bertambah murah dan memberitahu baru sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah filem iaitu Aku Bukan Tomboy dan Datin Ghairah.Malah katanya, dia juga baru selesai menjalani penggambaran sebuah drama arahan Rashid Sibir berjudul Terowong."Alhamdulillahlah rezeki saya dalam bidang lakonan masih murah di sebalik pelbagai cerita kurang enak mengaitkan diri saya."Saya berlakon bukan baru setahun dua tetapi sejak kecil dan saya pasti ramai pengarah dan penerbit yang telah saya bekerja sebelum ini percaya akan kebolehan saya dan bukan menilai saya dengan satu insiden remeh seperti itu," ujarnya.Mengambil iktibar tentang perkara yang telah berlaku kepadanya, Sheera menganggap kejadian tersebut sebagai pengajaran untuk mematangkannya sebagai seorang pelakon.