suria

Cinta Tabir Senja Papar Kisah Ibu Tunggal

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan kisah realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat menerusi drama bersiri Cinta Tabir Senja mulai 3 November ini, setiap Khamis, pukul 9 malam di TV2.

Drama yang mengisi slot Selekta Prima On 2 ini mengangkat delima yang dihadapi ibu tunggal yang keseorangan dan kesepian kerana tidak dihiraukan oleh anak-anaknya.

Drama 13 episod ini dibintangi pelakon hebat tanah air seperti Aida Khalida sebagai Suria, Elly Mazlein (Zalika), Ngasriah Ngasri (Zalia), Afzan Abdul Rahman (Zarul), Syed Aiman (Asri) dan Zaefrul Nadzarine (Rosdi).

Drama terbitan BKB Production Sdn Bhd arahan Apache ini mengetengahkan kisah berlaku dalam kehidupan Suria, ibu tiga anak yang akan bersara daripada kariernya sebagai penterjemah. Sisa hidup yang tinggal diharungi Suria keseorangan berikutan anak-anak membiarkannya dan dia tidak dipedulikan. Sedih dan kecewa dengan keadaan dirinya, Suria berhijrah ke kampung bagi mendapatkan pengalaman baru selepas terbiasa dengan kehidupan kota. Di kampung, Suria berhadapan pelbagai dugaan dan fitnah apabila dirinya dianggap pengacau.

Ini kerana, di sebalik usianya, dia masih cantik, berdisiplin dan sangat disukai lelaki di kampung itu terutama golongan lelaki pencen. Namun, berkawan baik dengan Mariam menyebabkan Suria semakin gembira.

Apatah lagi, Suria dibawa berkunjung ke rumah insan istimewa. Tanpa diduga, Suria bertemu dengan ahli fisioterapi, Rosdi yang berusia 40 tahun.

Rosdi sangat menyanjung tinggi keperibadian Suria yang sanggup hidup sebagai ibu tunggal lebih 20 tahun dan membesarkan anak-anaknya sendirian selepas bercerai.

Malah, Suria juga masih berkawan baik dengan bekas suaminya, Zaman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain