suria

Faralyna Idris Temui Cinta Dalam 'Sutera Cinta'

Faralyna bergandingan dengan Wan Nor Azlin dalam 'Sutera Cinta'.
Faralyna bergandingan dengan Wan Nor Azlin dalam 'Sutera Cinta'.
Faralyna bergandingan dengan Wan Nor Azlin dalam 'Sutera Cinta'.

KUALA LUMPUR: Pelakon Faralyna Idris bakal muncul dengan drama bersiri terbarunya berjudul Sutera Cinta bermula 17 November ini di TV1.

Faralyna yang membawakan watak sebagai Qistina, seorang anak ahli perniagaan terkenal, jatuh cinta dengan seorang pemuda berbangsa India yang akhirnya menimbulkan pelbagai konflik dalam percintaan mereka.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam Radio Televisyen Malaysia (RTM), drama itu adalah sebuah telefilem yang mempaparkan percintaan antara dua pasangan berlainan bangsa dan agama penuh dengan mesej berguna untuk penonton.

Turut dilakonkan oleh Wan Nor Azlin dan Norman Hakim, drama itu dijangka dapat menarik perhatian penonton terutamanya suri rumah kerana kisahnya yang menarik.

Pelbagai konflik menarik dapat disaksikan penonton menerusi drama 13 episod ini yang akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 pagi.

Artikel Sebelum

Sentuhan Puitis J.Cole

Artikel Berikut

Aizat Ungguli AIM18?

Artikel Lain