Marc Anthony dan bekas isterinya, penyanyi Jennifer Lopez.PENYANYI Latin, Marc Anthony melarang keras kekasih bekas isterinya, Jennifer Lopez yang berusia 24 tahun daripada membawa anak kembar mereka bersiar-siar menaiki kereta.Marc dikatakan berang apabila mendapat tahu bahawa kekasih Jennifer iaitu Casper Smart pernah mempunyai rekod buruk dalam melakukan kesalahan lalu lintas. Sumber terdekat penyanyi yang terkenal dengan lagu My Baby You itu, dikatakan bergaduh besar dengan Jennifer apabila mendapat tahu mengenai rekod memandu Casper dan memberi amaran kepadanya supaya tidak lagi membawa Max dan Emme bersiar-siar menaiki kereta.Radaronline turut melaporkan, di sebalik kejadian itu, Marc sebenarnya cemburu apabila anak-anaknya banyak menghabiskan masa bersama Casper.Ekoran daripada pertengkaran itu, Marc dilaporkan enggan bekerjasama dengan Jennifer dalam program Q'Viva! The Chosen yang bakal mencungkil bakat-bakat baru dari Amerika Latin."Marc cukup terganggu dengan penglibatan Casper dengan anak-anaknya bersama Jennifer dan pergaduhan besar antara mereka telah menyebabkan Marc enggan bekerja dengan Jennifer untuk program itu yang telah dipersetujui sebelum mereka bercerai," ujarnya.