suria

Pelakon Utama 'Hairspray' Bekerja Di Salon

Nikki sedang menyapu rambut dalam satu gambar yang dikeluarkan oleh Radaronline.
Nikki sedang menyapu rambut dalam satu gambar yang dikeluarkan oleh Radaronline.
Nikki sedang menyapu rambut dalam satu gambar yang dikeluarkan oleh Radaronline.

PELAKON utama filem “Hairspray” iaitu Nikki Blonsky mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah salon di Great Neck, Long Island selepas tidak lagi mendapat sebarang tawaran berlakon.

Nikki yang bergandingan dalam filem itu bersama John Travolta juga pernah muncul dalam beberapa siri pendek seperti Huge dan Ugly Betty.

Salah seorang pelanggan salon itu berkata, dia terkejut apabila melihat kelibat Nikki yang sedang menyapu lebihan rambut di lantai dan membuat pelbagai kerja lain.

"Saya masih tidak percaya melihat dia di dalam salon itu sedang menyapu rambut dan mendandan rambut pelanggan," ujarnya kepada Radaronline.

Bagaimanapun, Nikki melalui satu entri di laman Twitter miliknya memberitahu walaupun bekerja di salon dia tidak pernah melupakan cita-citanya di Hollywood.

"Saya bertanya kepadanya adakah dia masih berlakon, Nikki memberitahu dia masih pergi uji bakat dan pada masa sama melakukan kerja lain untuk menampung hidu," kata pelanggan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain