suria

Akaun Twitter Lady Gaga Digodam

Lady Gaga
Lady Gaga
Lady Gaga

LONDON: Akaun laman sosial Twitter penyanyi Lady Gaga yang mempunyai lebih 17 juta pengikut digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab pada Isnin lalu.

Seperti dilaporkan Contactmusic, Lady Gaga membuat satu kenyataan untuk menghadiahkan iPad kepada peminat-peminatnya yang sedang bercuti.

"Monster, saya akan berikan iPad secara percuma kepada sesiapa yang sedang bercuti," tulisnya sebanyak dua kali.

Pihak pengurusan penyanyi tersebut yang menyedari keadaan itu dengan pantas memadam mesej tersebut dan menukar kata laluan pada akaun Twitter tersebut.

Setelah keadaan terkawal, Gaga kembali mengemas kini Twitter miliknya itu dan memberitahu tentang situasi berkenaan.

"Masalah digodam sudah selesai dan sekarang saya sedang dalam perjalanan ke Jepun untuk menyambut Krismas dengan peminat di sana," tulisnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain