Anuar ZainPETALING JAYA: Penyanyi popular Anuar Zain bakal mengadakan persembahan di Singapura pada Isnin dan Selasa depan sebagai salah satu usaha promosi album terbarunya iaitu “Anuar Zain”.Sepanjang dua hari, pelbagai aktiviti bersama peminat akan dijalankan dengan kerjasama antara Universal Music Malaysia dan Singapura. Anuar akan mengadakan persembahan dan sesi bertemu peminat di beberapa kawasan, selain mengambil kesempatan tersebut mengumpul dana untuk mengisi tabung Masjid Hajjah Rahimabi, Kebun Limau, Singapura.Selain itu, penyanyi lagu “Cinta Harus Memiliki” ini akan muncul secara langsung di televisyen Singapura menerusi saluran Suria. Manakala di beberapa buah radio seperti radio Ria 897 FM dan radio Warna 94.2FM.