Jamal AbdillahPETALING JAYA: Penyanyi Jamal Abdillah meminta semua pihak tidak lagi bertanya hal yang membabitkan dirinya dengan rumah perlindungan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), kerana enggan krisis yang berlaku di antara dia dengan pihak berkenaan bertambah rumit.Jamal berkata, dia mahu mengambil pendekatan berdiam diri dan meminta semua pihak melihat kepada perkara yang lebih positif daripada menilai sesuatu yang negatif terhadap apa yang berlaku. “Saya belajar daripada pengalaman lalu. Apabila kita bercerita perkara seperti ini, ia lebih besar mendapat liputan berbanding apa yang hendak disampaikan di sesebuah sidang akhbar,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis sempena Konsert Raja Pop Jamal Abdillah 2012 yang akan diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak pada 28 Januari depan.Jamal menambah, walaupun pihak tersebut ada memberi komen negatif kepadanya tetapi beliau amat bersyukur kerana rumah perlindungan tersebut berjaya mengubah kehidupannya menjadi lebih sempurna.“Saya bersyukur kerana Rumah Pengasih telah mengubah kehidupan saya,” katanya yang enggan bercerita lanjut mengenai hal berkenaan.Awal November lalu Jamal membuat keputusan meninggalkan Rumah Pengasih selepas lima tahun menjadi penghuninya kerana dipercayai menghadapi krisis dengan pihak pengurusan rumah perlindungan tersebut.Konsert Solo Pertama Di PerakSementara itu bercerita mengenai Konsert Raja Pop Jamal Abdillah 2012, Jamal memberitahu ia merupakan konsert solo pertamanya di negeri Perak sejak bergelar artis.Konsert anjuran Bombay Worldwide Sdn Bhd dan Budak Bas Stand Ipoh (BBSI) itu bakal menampilkan sebuah persembahan berbeza selama dua jam setengah dengan iringan 28 buah lagu.“Saya akan membuat persembahan yang agak berlainan kerana konsert di Ipoh ini adalah gabungan daripada konsert-konsert yang pernah saya adakan sebelum ini iaitu di Istana Budaya dan di Singapura,” jelasnya.Dalam pada itu Pengarah Urusan Bombay Worldwide Sdn Bhd yang dikenali sebagai Bombay berkata, pemilihan Jamal untuk acara tersebut kerana penyanyi berkenaan mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana lagu-lagu nyanyiannya menjadi pilihan peminat pelbagai peringkat.Jelasnya, konsert tersebut mampu memberi peluang kepada para peminat di negeri Perak yang selama ini mendambakan persembahan luar biasa daripada beliau.“Selama ini ada peminat yang kecewa tidak dapat berjumpa Jamal dan ramai yang menantikan kemunculannya di Perak. Sebab itulah kami mengambil inisiatif untuk menganjurkan konsert ini,” jelasnya.Orang ramai yang ingin menyaksikan konsert tersebut bolehlah mendapatkan tiket yang berharga RM80, RM140 dan RM300.Bagi mereka yang membeli tiket paling mahal berpeluang untuk bersama Jamal dalam majlis minum petang yang akan diadakan sehari selepas konsert.Tempahan tiket boleh dilakukan dengan melayari www.tiket2u.biz