suria

Victoria Beckham Enggan Anak Lagi

Victoria Beckham
Victoria Beckham
Victoria Beckham

WASHINGTON: Bekas ahli kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham mengakui dia seronok melalui tempoh sembilan bulan mengandung, tetapi tidak bersedia untuk memiliki anak lagi selepas melahirkan anak perempuannya, Harper Seven, tujuh bulan lalu.

Victoria yang kini aktif dalam rekaan fesyen berkata dia ingin memberi fokus dalam hal pembesaran empat orang anaknya termasuklah Brooklyn, Romeo dan Cruz.

"Saya seronok menjadi seorang ibu dan anak-anak adalah menjadi keutamaan dalam hidup saya.

"Cuma, saya tidak mahu mendapatkan anak lagi dalam masa terdekat ini. Biarlah keempat-empat anak saya membesar dengan didikan dan kasih sayang yang secukupnya," kata Victoria kepada Contactmusic.

Tambah isteri kepada pemain bola sepak David Beckham, dia dan suaminya ingin berseronok bersama dan tidak mahu tertinggal satu pun momen indah yang berlaku kepada anak-anak mereka.

Artikel Lain