Russell BrandLONDON: Pelawak British, Russell Brand dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang pelukis warga Mexico.Laman wen thesun.co.uk melaporkan, pelukis bernama Oriela Medellin Amieiro, 25, itu dilihat menyelinap keluar dari rumah Russell pada minggu lalu selepas bermalam di situ. Difahamkan, Brand yang memfailkan perceraian dengan penyanyi Katy Perry pada Disember lalu, mula menjalin hubungan dengan pelukis tersebut selepas mereka berkenalan dalam kelas yoga.Ketika ditanya adakah mereka sedang menjalin hubungan, pelawak berusia 36 tahun itu berkata: “Saya tidak selesa untuk bercakap mengenai perkara ini.”Portfolio kerja Amieiro meliputi elemen lukisan individu yang berbogel dan hasil kerjanya dijual setinggi RM21,700 (4,500 pound) setiap satu.