suria

Britney Spears Ditawar RM33 Juta Sertai X-Factor

Britney Spears.
Britney Spears.
Britney Spears.

SEJAK penyanyi Paula Abdul dan Nicole Scherzinger meninggalkan program X-Factor sebagai juri, beberapa nama dikhabarkan bakal menggantikan posisi mereka sebagai juri.

Selepas Beyonce, kini nama Britney Spears pula disebut-sebut kan mengisi kekosongan kerusi juri itu.

Seperti dilaporkan oleh Bang Showbiz, tunang penyanyi itu yang juga merangkap pengurusnya, Jason Trawick memberitahu pihaknya sedang meneliti tawaran yang dibuat kepada Britney iaitu sebanyak RM33 juta.

Namun begitu, salah satu sumber yang memberitahu E!, Britney mengharapkan harga berkenaan lebih tinggi daripada ditawarkan.

Sebelum ini, X-Factor menampilkan Simon cowell, L.A. Reid, Paula dan Nicole sebagai juri namun barisan juri itu tidak berjaya menaikkan rating program tersebut dan memaksa pihak produksi mencari alternatif lain untuk musim baru.

Artikel Sebelum

Artikel Lain