Zed Zaidi.PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi melahirkan rasa kecewa apabila tiga usulnya kepada pihak kerajaan mendapat keceman hebat daripada masyarakat.Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, dipetik daripada laporan Harian Metro pada Isnin berkata, dia menerima banyak ugutan termasuk ada pihak ingin merompak dan membunuhnya menerusi e-mel, panggilan telefon, laman sosial seperti Twitter dan Facebook. "Apa salah dan dosa saya hanya disebabkan mengusulkan permintaan cerming gelap kepada menteri, saya menerima banyak ugutan."Saya bimbangkan keselamatan diri dan isteri yang sedang mengandung lima bulan," ujarnya kepada akhbar tersebut.Pada Festival Youth Music Barisan Nasional (BN) 2011 yang berlangsung 4 Mac lalu, Zed menerusi Seniman telah mengusulkan tiga permintaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Ketiga-tiga usul dipohon adalah peruntukan kuota Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA), perlindungan insurans dan penggunaan cermin kereta gelap untuk artis.Bagaimanapun bagi kes cermin gelap, Zed Zaidi menerima tamparan hebat sehingga dikritik, dimaki hamun selain menerima ugutan rompak dan bunuh oleh pihak tidak berpuas hati dengan tuntutan itu.