Taiyuddin bakal bergelar suami pada tahun ini. Foto KIMBERLY YEOPETALING JAYA: Pelakon Taiyuddin, 29, merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini apabila mendapati kedudukan kewangannya semakin stabil selepas popular menerusi filem Hantu Bonceng selain menerima pelbagai tawaran berlakon.Taiyuddin atau nama sebenarnya, Sallehuddin Abu Bakar berkata, dia tidak menyangka selepas 10 tahun berada di bidang lakonan, barulah kerjayanya itu mula diberi perhatian sehingga membuatkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerana jadual yang padat. "Alhamdulillah, jika sebelum ini saya selalu termenung kerana tidak ada tawaran lakonan, sekarang ini saya termenung lagi, bilalah saya dapat berehat."Kerana rezeki yang diperoleh juga, saya bercadang untuk berkahwin pada tahun ini. Usia saya semakin meningkat dan saya mahu menimang anak serta melihatnya membesar di depan mata."Kalau saya kahwin ketika umur 30-an, mungkin saya tidak sempat melihat anak sendiri membesar. Semoga perancangan ini menjadi Insya-Allah," tuturnya yang juga berlakon dalam Apa Celop, yang kini disiarkan setiap Isnin sejak 20 Februari di TV3.Tambah Taiyuddin yang terkenal dengan aksi komedi selamba, dia sebenarnya bukanlah seorang pelawak sebaliknya sekadar berlakon mengikut watak yang diberi.Dalam pada itu dia juga mengakui berasa pelik dan segan apabila ditegur peminat kerana tidak sangka dirinya akan dikenali ramai."Walaupun kerja saya sebagai seorang pelakon, saya merasakan tidak mungkin diri ini akan popular kerana ada yang lebih hebat lakonannya daripada saya. Tambah pula ramai yang mempunyai pakej yang lengkap."Cuma, apabila sudah menjadi perhatian, saya perlu berhati-hati daripada segi kelakuan yang mungkin tidak akan menyenangkan masyarakat."Nak hisap rokok di depan orang pun saya tak buat kerana menghormati peminat-peminat yang menyokong saya," katanya.