Angelina JolieWASHINGTON: Aktres Angelina Jolie mengakui dia merupakan peminat tegar kepada Putera William dan isteri Duchess Kate sehingga sanggup menggantung gambar pasangan Diraja itu pada dinding rumahnya.Difahamkan, pelakon itu terlalu tersentuh dengan keikhlasan dan keluhuran pasangan tersebut sehingga dia membuat keputusan untuk menggantungkan gambar mereka di kediaman mewahnya yang bernilai RM171 juta itu. Jolie juga berkata dia mempertimbangkan untuk menerbitkan sebuah filem epik biografi mengenai kisah kehidupan Duchess Kate.“Jolie tertawan dengannya (Kate) dan mengakui wanita itu mempunyai aura yang hebat. Dia menyukai wajah dan penampilan wanita itu serta dapat merasakan keikhlasan dan keluhuran mereka.“Jolie juga menyuarakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah filem epik biografi mengenai Kate,” katanya yang dipetik laman web contactmusic.com kepada akhbar Sun.Jolie dan Pitt menonton upacara perkahwinan pasangan berkenaan pada April tahun lalu menerusi televisyen bersama anak mereka.Mereka juga menghabiskan masa beberapa bulan berada di Richmond pada tahun lalu.