Dakota FanningJIKA selebriti lain menganggap Twitter adalah media yang efektif untuk mendekatkan diri dengan pada peminat, lain pula pemikiran aktres Dakota Fanning mengenai laman sosial tersebut.Dakota yang berusia 18 tahun itu menganggap Twitter adalah musuh termasuklah laman sosial yang lain kerana ia boleh mengganggu ruang privasinya. "Saya rasa, tak perlulah orang luar nak tahu di mana atau apa yang saya lakukan walaupun ramai yang ingin tahu tentang pergerakan saya."Itu bukan cara saya. Saya tak ada Facebook dan Twitter dan tak akan ada. Jadi, jika wujudnya Dakota Fanning di Twitter, ia adalah palsu," katanya kepada Contactmusic.Sementara itu, pelakon yang meraih populariti pada usia yang muda berkata dia tidak pernah merasakan bahawa dirinya seorang bintang, apatah lagi dipanggil selebriti muda.