Wajah gembira Lindsay Lohan selepas diputuskan bebas daripada tempoh pemerhatian oleh Mahkamah Tinggi Los Angeles pada 29 Mac lalu.LONDON: Aktres bermasalah Lindsay Lohan yang kini bebas daripada tempoh pemerhatian oleh pihak berkuasa berazam untuk menumpukan perhatian bagi membina semula karier lakonannya.Terbaru, Lohan bakal membintangi sebuah telefilem epik biografi mengenai bintang filem lagenda Elizabeth Taylor berjudul Liz and Dick. “Saya berasa seperti satu beban yang berat sudah dialihkan daripada bahu. Saya sangat bersyukur, gembira dan bersedia untuk melangkah ke hadapan,” katanya kepada laman web tmz.com.Tempoh pemerhatian pelakon itu berakhir pada 29 Mac lalu (waktu tempatan) selepas Hakim Mahkamah Tinggi Wilayah Los Angeles, Stephanie Sautner menutup kes pendakwaan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol pada 2007.Lohan kini bersedia untuk memulakan penggambaran telefilem itu selepas berjaya menamatkan hukuman 120 jam khidmat masyarakat dan sesi kaunseling yang dikenakan ke atasnya.Telefilem itu bakal memaparkan hubungan cinta Taylor dan aktor Richard Burton.Ia dijadual memulakan penggambaran di Toronto, Kanada dalam masa terdekat.Lohan berkata dia akan menggunakan segala pengalaman hidupnya untuk membawakan watak bintang filem lagenda itu sebaik mungkin.“Saya akan berikan yang terbaik untuk watak itu. Saya begitu tersentuh untuk memainkan Elizabeth Taylor dan menyukai skrip telefilem itu kerana ia luarbiasa.“Ada banyak persamaan antara kisah hidup saya dan dia (Taylor) daripada aspek kehidupan peribadi dan kontroversi.“Sudah tentu saya akan lakukan yang terbaik dan berharap penonton akan menyukainya. Saya tidak mahu menterjemahkan dia dengan cara yang salah,” katanya lagi.