suria

Heide Klum Sahkan Perceraian Dengan Seal

Supermodel Heidi Klum dan bekas suaminya, penyanyi Seal.
Supermodel Heidi Klum dan bekas suaminya, penyanyi Seal.
Supermodel Heidi Klum dan bekas suaminya, penyanyi Seal.

WASHINGTON: Supermodel Heidi Klum akhirnya mengesahkan perceraiannya dengan penyanyi Seal selepas hampir tiga bulan mereka duduk berasingan.

Majalah People melaporkan, Klum memfailkan petisyen perceraian atas alasan tiada persefahaman itu pada Jumaat lalu (waktu tempatan) di Mahkamah Tinggi Los Angeles.

Klum dan Seal yang berkahwin pada 2005 mengumumkan perpisahan mereka pada Januari lalu dalam satu kenyataan bersama yang berbunyi:

“Kami memutuskan untuk berpisah selepas menikmati tujuh tahun perkahwinan yang membahagiakan.

"Kami sangat menghormati dan menyayangi sepanjang tempoh hubungan kami tetapi kini tiada lagi persefahaman.”

Hasil perkahwinan selama tujuh tahun itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Henry, 6, Johan, 5, dan Lou, 2.

Mereka turut memelihara anak perempuan Klum bernama Leni, 7, hasil hubungannya sebelum ini dengan ahli perniagaan Itali dan usahawan Formula One, Flavio Briatore.

Difahamkan, Klum memohon hak penjagaan bersama ke atas anak-anak mereka. Bagaimanapun, hak penjagaan utama diberikan kepadanya manakala Seal mendapat hak untuk melawat.

Supermodel berusia 38 tahun itu turut memohon untuk menggunakan semula nama keluarganya iaitu Klum.

Sejak mereka berkahwin, dia mula menukar nama keluarganya kepada nama keluarga Seal iaitu Samuel.

Artikel Lain