Nicki Minaj.PENYANYI rap terkenal, Nicki Minaj memberitahu dia telah pun menutup akaun Twitter miliknya sejak seminggu lalu dan tindakan itu diambil kerana mendengar suara yang menyuruhnya berbuat demikian.Nicki berkata, dia tidak peduli dengan 11 juta peminat yang mengikutinya di laman itu kerana telah mempunyai ikatan peribadi dengan mereka. "Satu suara terus-terusan menyuruh saya menutup akaun twitter dan itulah yang saya lakukan," katanya.Ditanya adakah dibakal kembali ke medan jaringan sosial itu, Nicki memberitahu dia tidak tahu tetapi ada terfikir mengenainya.Nicki mempunyai 30 hari untuk mengaktifkan kembali akaunnya sebelum ia dihapuskan terus oleh pengurusan Twitter.Nicki sebelum in i meninggalkan satu pesanan sebelum menutup akaunnya sebagai satu bentuk kemarahan terhadap peminat yang mendedahkan maklumat mengenai lagu terbarunya yang belum dilancarkan.