suria

Robin Gibb (Bee Gees) Bakal Keluar Hospital Minggu Ini

Robin Gibb
Robin Gibb
Robin Gibb

LONDON: Penyanyi Robin Gibb (Bee Gees) dijangka akan keluar daripada hospital dalam minggu ini susulan respons positif yang ditunjukkan terhadap penyakit kanser yang dihidapinya.

Penyanyi berusia 62 tahun itu mengejutkan para doktor apabila dia bangkit melawan penyakit tersebut selepas sembilan hari koma.

Difahamkan, Gibb kini sudah boleh duduk dan berbual-bual dengan ahli keluarganya.

Susulan perkembangan positif, para doktor memberitahu isterinya Dwina, penyanyi itu akan dibenarkan pulang ke rumah mereka di Thame, Oxon, di sini, dalam masa terdekat.

Penyanyi yang bertarung dengan kanser hati dan usus itu kini beransur pulih daripada masalah pneumonia dan usus berpintal, keadaan sama yang pernah dideritai saudara kembarnya Maurice sehingga meninggal dunia pada 2003.

“Robin masih lemah tapi dia beransur pulih hari demi hari. Proses pemulihannya adalah satu magis. Beberapa minggu lalu, Dwina dan keluarganya bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan terburuk, kini mereka berharap dia akan pulang ke rumah.

“Mereka tidak akan terburu-buru tetapi ada kemungkinan dia akan dibenarkan pulang pada hujung minggu ini dan persiapan untuk dia menerima rawatan susulan di rumah sedang diuruskan.

“Para doktor akan membuat keputusan dengan teliti sebelum membenarkan dia pulang. Dwina akan memastikan perubatan yang terbaik untuknya. Robin menyedari dia berada di ambang maut tetapi bersungguh-sungguh untuk pulang ke rumah,” kata seorang teman keluarga itu seperti dipetik Mirror.

Dwina berkata: “Para doktor ada bertanya kepada Robin sama ada dia mahu pasukan perubatan melakukan sebaik mungkin untuk merawatnya atau dia mahu berserah kepada takdir. Dia membalas, ‘Tiada masa untuk mengalah.’

Artikel Berikut

Artikel Lain