Charlize TheronJIKA kebanyakan selebriti menyesal kerana menjalani pembedahan payudara, lain pula buat aktres Charliza Theron, dia kesal kerana tidak melakukannya.Menurut laporan The Sun bintang Snow White And The Huntsman ini berkata memiliki payudara yang besar boleh dijadikan sebagai satu aset yang besar di dunia perfileman Hollywood. "Jika saya tahu ukuran payudara 3D boleh menjadi satu aset yang besar nilainya, sudah pasti saya akan menjalani pembedahan payudara sejak 10 tahun lalu."Dan kini saya menyesal kerana tidak melakukannya," katanya.Sebelum ini, Charlize sering merungut tentang dadanya yang kecil itu dan demi mengukuhkan karier lakonannya, dia akan menggunakan gel bantuan khas bagi menampakkan payudaranya lebih besar.Bagaimanapun, harus diakui, pesona Charlize di Hollywood amat memberangsangkan dan kerana kehebatan lakonanya juga aktres berusia 36 tahun itu sudah banyak diberi penghargaan Oscar.