Adam LevineLONDON: Vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine berkata kehidupannya gembira kerana dia tidak berminat untuk menonton program realiti televisyen.Laman web contactmusic.com melaporkan, Levine berkata dia tidak meminati program Keeping up with the Kardashians kerana menganggap program itu terlalu biasa dan tidak unik. Apabila ditanya adakah dia menonton program itu, Levine menjawab: “Tidak kerana saya tidak ambil peduli! Saya tidak menontonnya dan kehidupan saya gembira dan bahagia kerana tidak menonton program sebegitu.“Persoalannya adalah bukan kerana saya tidak menghormati penghasilannya (program realiti), cuma saya menggemari sesuatu yang mempunyai nilai seni. Saya tidak perlu menonton kisah seseorang pergi ke pasaraya.“Sejujurnya, kenapa kita perlu ambil peduli mengenai paparan kisah seseorang pergi ke pasaraya walhal kita boleh melakukannya sendiri,” katanya.