Will Smith. TAMPARAN yang diberikan kepada seorang wartawan oleh pelakon Will Smith telah meninggalkan kesan cukup besar kepada Vitalli ketika ditugaskan untuk menemuramah pelakon itu di Moscow baru-baru ini.Seperti yang dilaporkan oleh Aceshowbiz, wartawan yang berasal dari Ukrain itu mengaku menyesal dengan kejadian itu namun menegaskan tidak pernah berniat untuk mencium bibir pelakon itu. Malah katanya, ciuman yang diberikan di pipi Will adalah sebagai tanda hormat dan tidak lebih daripada itu ketika berpeluang bertemunya dengannya semasa majlis tayangan perdana filem Men In Black 3 di negara itu."Saya hanya mencium pipinya sahaja tetapi dia bergerak terlalu cepat sehingga bibir kami kelihatan seperti tersentuh walaupun sebenarnya tidak."Saya tidak biasa mencium seorang lelaki atau wanita tetapi kejadian itu berlaku mungkin kerana saya begitu teruja dapat bertemu dengan Will."Bagaimanapun perkara itu tidak akan berulang kerana jika berpeluang bertemu Will selepas ini saya hanya akan berjabat tangan sahaja dengannya," ujarnya.Will sebelum ini juga ada memberitahu kepada wartawan bahawa dia tidak bermaksud untuk menampar lelaki itu dan menganggap tindakannya itu adalah secara spontan.