Para peserta memberikan persaingan hebat. Foto SHAARI CHEMATKUALA LUMPUR: Pertandingan Bintang RTM 2012 peringkat separuh akhir pertama sengit apabila enam peserta bertanding memberikan persaingan hebat dalam merebut tempat di peringkat akhir.Juri jemputan BRTM 2012 iaitu Hazami berkata, kesemua peserta mempunyai bakat yang cukup besar dan persembahan mereka pada malam Sabtu itu cukup meyakinkan. "Sukar untuk mrmbuat pilihan siapa yang paling menonjol kerana semua mereka sangat bagus."Atas dasar itu juga saya banyak memberi komen yang lebih kepada mendidik dan bukannya menghentam kerana mereka mempunyai asas kuat sebagai penyanyi dan hanya ada beberapa kekurangan lain yang boleh diperbetulkan," ujarnya ketika ditemui selepas pertandingan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini pada Sabtu.Selain Hazami, dua lagi juri adalah Muzaffar dan Adnan Abu Hassan.Enam peserta tersebut adalah Fitri, 19, Firdaus, 22, Charles, 22, Diandra, 20, Aisha, 23 dan Christine, 16.Menampilkan Muaz sebagai pengacara, separuh akhir pertama ini menyaksikan para peserta perlu menyampaikan dua buah lagu secara medley.Separuh Akhir dua akan berlangsung pada Sabtu depan sebelum juri mengumumkan siapakah yang berjaya ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada Julai depan.