SeinKUALA LUMPUR: Pelakon Sein, 29, membuat keputusan tidak mahu mengambil watak-watak lelaki romantik sebaliknya memilih karaktor anatagonis agar tidak dicop sebagai lelaki 'mat bunga'.Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa berkata, dia menyifatkan wataknya sebagai hero romantik dalam kebanyakan drama yang dilakonkannya sebelum ini telah memberikan persepsi kepada orang ramai bahawa ia hanya sinonim dengan watak-watak sedemikian. "Diakui, salah saya juga kerana menerima terlalu banyak tawaran yang melibatkan watak lelaki romantik atau hero yang baik-baik sahaja sehinggakan dicop sebagai lelaki 'mat bunga'."Sebelum lebih ramai lagi yang akan menggelarkan saya sebegitu, lebih baik saya beralih arah dengan memilih watak-watak antagonis sahaja buat sementara waktu ini," katanya.Tambah bekas ahli kumpulan Ruffedge itu, hal tersebut telah membuatkan dia sedar bahawa pada masa akan datang nanti dia akan lebih peka mengenai pemilihan watak supaya penonton dapat melihat dirinya dalam pelbagai watak yang dilakonkan.Justeru itu, buat kali keduanya (selepas filem Psiko arahan Namron), Sein membawakan watak antagonis iaitu Boy dalam filem Pencinta, arahan pengarah hebat Khir Rahman.Beritahu Sein, watak Boy benar-benar mengujinya dalam penghayatan lakonan selain ingin membuktikan kelainan karakternya dalam filem tersebut yang turut dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Johan As'ari, Miera Leyana dan Siti Saleha."Dalam filem ini, ia benar-benar mencabar lakonan saya dimana saya perlu menjiwai watak Boy yang jahat dan pada masa sama bersifat pelik."Walaupun baru kali kedua memegang watak jahat, ia amat menyeronokkan lebih-lebih lagi dapat melakukan babak-babak lawan kerana mencabar tahap ketahann fizikal diri."Saya sangat gembira apabila Khir mempercayai saya untuk membawakan watak sedemikian, sebab itu saya cuba memberikan hasil lakonan yang terbaik agar lakonan itu seperti yang diinginkan," ujarnya.Dalam pada itu Sein kembali kepada aktiviti bersukan sebagai persediaan untuk dia melakonkan babak-babak lasak pada masa akan datang.Pencinta yang merupakan filem aksi romantik ini mengisahkan tentang cinta terlarang antara bekas ahli kongsi gelap, Amir (Johan) dan Aishah (Siti Saleha).Percintaan Amir dan Aishah menjadi rumit apabila ibu bapa Aishah mahu dia berkahwin dengan Boy (Sein), seorang lelaki yang berlatarbelakangkan keluarga kaya.