Gwen Stacy.WALAUPUN tampil dengan penuh yakin dalam filem “Spider-Man”, namun pelakon Gwen Stacy ternyata mempunyai masalah yang menghantuinya.Stacy merasakan kematian sentiasa berada dekat dengan dirinya dan dia sentiasa berasa takut dan perasaan itu sudah muncul sejak dia masih kecil lagi. Pelakon itu juga pernah menjalani terapi selama dua tahun sebelum ini bagi memastikan rasa takut itu tidak menyelubunginya."Kematian semakin dekat dengan saya walau dengan cara apa pun namun saya yakin ia semakin menghampiri."Perkara itu tidak pernah lekang daripada fikiran saya sehingga adakala ia menggagu aktiviti seharian," ujarnya.Bagaimanapun kata Stacy, keadaan itu telah membuatkan dirinya sentiasa menghargai masa dengan lebih baik.Namun demikian katanya, perasaan itu kadang-kala berubah menjadi sedih apabila dia teringat mengenai kematian.