Justin BieberWASHINGTON: Bintang remaja sensasi Justin Bieber mengakui dia hampir berundur diri daripada bidang hiburan gara-gara dakwaan palsu peminat bernama Mariah Yeater kononnya dia adalah bapa kepada kandungan wanita itu pada tahun lalu.“Ketika peringkat awal kes itu tercetus, saya berada seorang diri di Florida tanpa keluarga dan teman-teman rapat. Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. “Kontroversi itu membuatkan saya mahu berundur diri daripada bidang muzik dan kembali menjadi remaja biasa."Pengalaman itu amat sukar untuk saya kerana tidak pernah melalui perkara seperti itu,” katanya kepada majalah Fabulous seperti dipetik laman web Contactmusic.Bagaimanapun, ujar Bieber dia bersyukur kerana sokongan dan motivasi daripada mentornya, Usher membuatkan dia tabah menghadapi kes itu.“Usher berkata kepada saya, ‘Bersedia untuk menghadapi perkara sebegini (fitnah dan kontroversi) sepanjang kerjaya anda kerana ia tidak akan pernah berhenti.“Dia (Usher) mahupun artis-artis lain pernah melalui pelbagai kesulitan dan dakwaan itu adalah yang pertama kali buat saya.“Saya berasa kasihan pada dia (Yeater). Apa juga perkara yang menyakitkan anda akan membuatkan anda lebih kuat,” katanya.