Cheryl ColeLONDON: Penyanyi Cheryl Cole berkata dia mengagumi ketabahan yang dimiliki rakan barunya, penyanyi Katy Perry.“Saya sayangkan Katy, dia wanita yang hebat. Kami pasti akan mengaturkan sesi makan malam bersama nanti. Saya kagumi ketabahan dan kekuatan yang dimilikinya,” katanya seperti dipetik laman contactmusic.com. Penyanyi berusia 28 tahun itu turut menyifatkan Perry sebagai sumber inspirasinya dalam mendapatkan bentuk badan yang menawan.“Saya akan memasang klip video terbaru Katy iaitu Wide Awake untuk menari. Perkara paling sukar bagi mendapatkan bentuk badan yang mantap adalah untuk memulakan senaman itu.“Ia amat sukar pada awalnya tetapi kini saya amat gemar bersenam dalam mengekalkan bentuk badan yang sihat dan menawan,” katanya.