Almy Nadia. PETALING JAYA:Pelakon Almy Nadia mengambil pendekatan enggan membuka mulut mengenai hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz selepas kenyataannya sebelum ini telah disalahertikan.Almy, 25, berkata, pendekatan itu diambilnya kerana dia tidak mahu terus terjerat dengan kontroversi sedemikian rupa pada masa akan datang. "Apabila wartawan bertanya mengenai lamaran Fizz untuk memperisterikan saya, jawapan yang diberikan adalah jujur dan ikhlas daripada hati saya."Buat apa saya hendak menipu atau menokok tambah perkara yang tidak berlaku tetapi rupa-rupanya apa yang keluar daripada mulut saya telah ditafsirkan dengan cara berbeza sehingga banyak pihak menghentam saya."Sebab itu saya tidak mahu lagi bercakap mengenai hal-hal peribadi kerana enggan lagi dituduh dengan macam-macam tohmahan," ujarnya kepada mStar Online.Tambah Almy, dia perlu berkorban bagi memperbaiki situasi yang keruh dan tidak menafikan kelantangannya memberikan kenyataan mengenai hubungan mereka telah menyumbang kepada kekecohan tersebut.Dalam pada itu, Almy memberitahu hubungannya dengan Fizz masih berada dalam keadaan baik dan mengakui ada bertemu dengannya untuk berbincang mengenai perkara berbangkit yang timbul di antara mereka berdua.Almy bagaimanapun enggan mendedahkan kedudukan sebenar hubungan itu dan biarlah perkara itu diketahui oleh mereka berdua dan Allah sahaja."Rasanya biarlah antara kami dan Allah sahaja yang tahu dan tidak perlu lagi kecoh-kecoh dan sejujurnya saya lebih senang dengan keadaan begini."Hubungan kami pun masih baik dan sering bertemu untuk berbincang malah kami ada melakukan aktiviti sukan bersama selain Fizz ada datang ke hospital untuk melawat semasa saya menjalani pembedahan apendiks tempoh hari," katanya.Bagaimanapun kata Almy, di sebalik kekecohan itu, dia mengakui ada hikmah tersembunyi kerana mereka lebih banyak berkomunikasi bagi menyatakan rasa yang terpendam di dalam hati masing-masing."Kejadian itu ada hikmahnya apabila kami lebih banyak berkomunikasi untuk menyatakan apa yang terpendam supaya tidak lagi timbul salah faham," katanya.Hubungan kedua-dua pelakon itu menjadi panas selepas Almy memberikan kenyataan dengan mengatakan hubungannya dengan Fizz Fairuz diibaratkan seperti retak menanti belah.Ia disebabkan mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini.Reaksi itu dibuat dua minggu selepas Fizz memberitahu media hasratnya untuk memperisterikan Almy.