suria

Adi Putra Mohon Taraf Penduduk Tetap

Adi Putra.
Adi Putra.
Adi Putra.

PETALING JAYA: Selepas pelakon Aaron Aziz menerima status penduduk tetap (PR) negara ini, kini seorang lagi selebriti warga Singapura yang juga pelakon terkenal, Adi Putra menyuarakan hasrat untuk mendapatkan status sama.

Menerusi laporan akhbar Kosmo! pada Rabu, Adi, 31, memberitahu telah memohon status PR Malaysia sejak berkahwin dengan Aida Yusof, seorang warga tempatan enam tahun lalu.

"Saya tidak nafikan ada membuat permohonan tetapi saya tidak pernah beritahu kerana terlalu peribadi selain melibatkan kerajaan Malaysia.

"Jadi, saya perlu hormat dan mengikut undang-undang negara ini dan buat masa ini saya hanya tunggu kelulusan," katanya.

Dalam pada itu, Adi berkata, sepanjang 10 tahun dia berkecimpung dalam industri seni tempatan dia mengakui statusnya sebagai orang luar tidak pernah menghalang perkembangan kerjaya seninya di negara ini.

"Namun ada batasnya seperti sesetengah majlis anugerah hanya untuk warga tempatan, itu saya perlu hormat," ujarnya.

Artikel Lain