suria

Enam Wajah Baru, 'Panorama' Musim 10 Tampil Konsep Lebih Segar

Haslina Shamsuddin
Haslina Shamsuddin
Haslina Shamsuddin

PETALING JAYA: Program dokumentari, Panorama musim baru akan menampilkan seramai enam wajah baru yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan televisyen.

Antaranya termasuklah Haslina Shamsuddin, Ellena Zainal, Rosnani Nasir, Tun Julia Mohd Tahir dan Hilwani Mansor yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan televisyen.

Menariknya pada kali ini, konsep pengacaraan yang pada mulanya dirakam di studio berubah ke lokasi luar bagi menjadikan program ini tampak lebih segar dan meninggalkan impak berkesan kepada penonton setia program ini.

Sedekad bersiaran, program dokumentari, Panorama musim baru akan muncul dengan pengisian lebih segar dan penuh berinformasi menerusi saluran TV1.

Di bawah kendalian Unit Majalah dan Dokumentari RTM, musim baru Panorama meneruskan legasi menyampaikan informasi dan berkongsi maklumat tentang isu, alam semula jadi, adat dan kebudayaan, pelancongan, teknologi, warisan, sejarah dan profil.

Malah kini Panorama turut menjalankan penggambaran segmen khas di luar negara.

Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan, program ini turut menampilkan segmen khas berkenaan dengan sejarah kemerdekaan negara, serta rakaman sambutan Hari Raya di lokasi yang terpilih.

Panorama yang berjaya memenangi Anugerah Seri Angkasa dan dinobatkan sebagai Program Majalah Terbaik itujuga telah melahirkan pengacara berbakat seperti Nurul Alis, Hazlin Abd Aziz, Betty Benafe dan ramai lagi yang namanya dikenali sehingga kini.

Sepanjang setengah jam siarannya, program yang disiarkan setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di TV1 ini nyata lebih padat dan penuh informasi.

Dalam pada itu, para penonton boleh berinterasi dan memberikan komen menerusi laman sosial Facebook carian Panorama RTM, Twitter Panoramartm, emel di [email protected] atau di talian 0322887870.

Artikel Lain