suria

Kristen Stewart Berlaku Curang

Kristen Stewart
Kristen Stewart
Kristen Stewart

AKTRES Twilight Kristen Stewart dikhabarkan telah berlaku curang terhadap kekasihnya, Robert Pattinson.

Menurut laporan People, Stewart dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pengarah filem Snow White And the Huntsman, Rupert Sanders, yang mempunyai seorang isteri.

"Perangai Stewart sangat teruk. Perbuatannya adalah satu kesalahan dan sebuah pengkhianatan," kata sumber.

Difahamkan hubungan itu terjalin ketika penggambaran filem tersebut yang di luar kesedaran mereka.

"Sebenarnya Stewart tidak sanggup dituduh curang dan percintaan yang singkat itu tidak seharusnya terjadi.

"Dia tidak pernah bermaksud melukai hati sesiapa pun. Dia seorang yang baik dan perbuatannya itu adalah satu kesilapan," tambah sumber tersebut.

Bagaimanapun Stewart dan Sanders yang sudah pun memiliki dua orang anak tidak memberi sebarang kenyataan berhubung tuduhan tersebut.

Artikel Lain