Hattan dan Farah Asyikin bercerai talak satu pada 12 Januari lalu.KUALA LUMPUR: Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lalu melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan. Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes.Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.Noorfarashikin mendakwa pada Januari lepas defendan melalaui laman web www.ohbulan.com telah menerbitkan satu artikel.Beliau berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu.Terdahulu, Hattan dan Farah Asyikin, 34, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada 12 januari lalu selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti. - BERNAMA