Para pelakon yang terlibat dalam "99 Kekasih".PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan bulan Ramadan, drama 99 Kekasih bakal mengundang keinsafan dan pengajaran besar buat para penonton.Bakal disiarkan pada 5 Ogos depan menerusi saluran TVi, 99 Kekasih menampilkan gandingan pelakon utama Erry Pura, Azhan Rani dan Sheera Iskandar. Ia mengisahkan tentang Danial, seorang kaki perempuan dan sering berfoya-foya dalam kehidupan sehariannya.Sikapnya buruknya itu mula berubah sejak berkenalan dengan Ayu, gadis yang menyelamatkan dirinya ketika ditimpa kemalangan.Bagaimanapun, Ayu menghilangkan diri dengan meninggalkan sebuah buku 99 Nama Allah di sisi Danial.Sejak membaca buku itu, Danial mula berubah sikap dan berharap agar dapat berjumpa dengan gadis yang memberinya buku berkenaan dan harapannya tercapai apabila dia terjumpa sehelai kertas yang mengandungi alamat Ayu.Danial memberanikan diri untuk berjumpa sendiri dengan Ayu. Selepas beberapa lama berkenalan, Ayu diculik Nina, bekas kekasih Danial yang bengang kerana cintanya tidak dibalas lelaki itu.Selepas menyelamatkan Ayu yang cedera parah, Danial menghantarnya terus ke hospital dan menderma darah kepada wanita yang dicintainya itu.Namun, Danial mendapati bahawa dia menghidap HIV positif selepas menderma darah kepada Ayu.Untuk mengetahui kesudahan penceritaan drama ini, apakah kedua-duanya dapat bersatu atau sebaliknya, saksikan 99 Kekasih pada 5 Ogos ini, pukul 12 tengah hari.