suria

Ryzal Jaafar Ziarah Lebih 20 Buah Rumah Dalam Seminggu

Ryzal Jaafar
Ryzal Jaafar
Ryzal Jaafar

PETALING JAYA: Pelakon Ryzal Jaafar membuat kunjungan lebih daripada 20 buah rumah rakan-rakan dan sanak saudara dalam masa seminggu sempena menyambut Aidilfitri.

Ryzal, 30, berkata, dia memanfaatkan waktu cuti itu sebaik-baiknya untuk berjumpa teman dan keluarga yang jarang bertemu selain mengambil kesempatan menikmati juadah Hari Raya yang dihidangkan.

"Masa inilah saya gunakan peluang untuk menikmati apa juga makanan juadah Hari Raya bersama keluarga. Lain nikmatnya apabila dapat makan sambil berbual dengan mereka.

"Mujurlah berat badan saya tak mudah naik, cuma perut sahaja yang buncit sikit," katanya.

Tambah pelakon drama Naziha ini, biasanya selepas sebulan beraya, dia akan kembali melakukan senaman agar dapat mengembalikan berat badannya yang asal.

Dalam pada, Ryzal memberitahu, dia telah menghabiskan sebanyak RM10,000 bagi memenuhi persiapan Hari Raya untuk keluarganya.

"Bagi saya, keluarga menjadi keutamaan dalam setiap perkara. Begitu juga dengan sambutan Aidilfitri, saya mahu mereka bahagia dan gembira menyambut hari bahagia itu.

"Kalau boleh saya mahu yang terbaik buat mereka. Biarlah sesuatu yang saya beli itu mahal sedikit, asalkan saya puas hati dapat membeli barang-barang rumah dan pakaian hasil daripada wang titik peluh sendiri," ujarnya yang menyambut Aidilfitri di Alor Setar, Kedah.

Artikel Lain