suria

Permohonan Bebas Pembunuh John Lennon Ditolak

Chapman yang membunuh John Lennon pada tahun 1980 gagal dalam permohonannya untuk dibebaskan daripada penjara sebanyak tujuh kali.

PERMOHONAN untuk mendapatkan pembebasan bersyarat pembunuh penyanyi terkenal kumpulan The Beatles, John Lennon ditolak oleh pihak pengadilan Mahkamah di New York.

Daily Mail melaporkan mahkamah telah menolak permohonan pesalah tersebut iaitu Mark David Chapman sebanyak tujuh kali walaupun dia telah menunjukkan kelakuan baik selama dalam tahanan.

Bagaimanapun hakim masih tidak mempercayai rekod baik yang ditunjukkan.

"Hakim dan para panel yang mengadili kes tersebut sangat teliti dengan cacatan kelakuan baik Chapman di penjara, program yang disertai, prestasi pendidikan, rasa penyesalan, penilaian risiko dan surat sokongan yang dibuat dalam mempengaruhi keputusan untuk membebaskannya.

"Namun pembebasan bersyarat itu tidak semestinya menjadi satu-satunya jaminan," menurut salah satu panel pembebasan.

Menurutnya lagi, sesuatu pengadilan untuk mendapatkan pembebasan bersyarat bukan sekadar berkelakuan baik sahaja kerana pihak mahkamah turut mengambil kira faktor kejadian tragis yang dilakukannya 32 tahun lalu.

Chapman telah membunuh Lennon pada 8 Disember 1980 di apartmen milik penyanyi itu yang terletak di Manhattan, New York, Amerika Syarikat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain