Robert dan kakaknya Kim Kardashian. ADIK kepada bintang realiti terkenal Kim Kardashian iaitu Robert Kardashian menyelar sikap kakaknya itu yang dilabel sebagai mementingkan diri sendiri.Rob, 25, berkata, kakaknya tidak pernah mempedulikan perasaannya dan sering menghina dia yang tidak bekerja. "Dia tidak pernah memikirkan perasaan orang lain walaupun saya, adiknya sendiri. Popularitinya sebagai selebriti telah menjadikan dirinya seperti itu," Rob semasa sesi kaunseling bersama ahli keluarganya selepas dua beradik itu sering bergaduh apabila berjumpa.Sesi terapi yang turut disertai oleh ibu mereka iaitu Kris Jenner itu turut dirakamkan untuk musim terbaru program realiti keluarga berkenaan berjudul “Keep Up With The Kardashian.”Dalam sesi itu juga, Kim mendakwa adik lelaki tunggalnya itu menuduh dia mementingkan diri kerana hubungan rapatnya dengan Kris.Malah kata Kim, Rob turut berasa marah dengan dirinya sendiri kerana gagal mendapat kepercayaan daripada majikan yang mengambilnya bekerja sehingga dia sering hilang pekerjaan."Dia perlu berfikiran seperti orang dewasa dan tidak menyalahkan kegagalan diri sendiri pada orang lain. Saya bukan pentingkan diri tetapi saya bekerja kuat untuk mendapat apa yang saya kecapi sekarang," katanya.Rob turut mempersoalkan ibunya sering mementingkan Kim berbanding anak-anaknya yang lain sehingga menyebabkan dia rasa terabai.