suria

Diramal Meninggal Dunia, Macaulay Culkin Semakin Sihat

Wajah terbaru Macaulay yang menghadiri sebuah pameran lukisan baru-baru ini.
Wajah terbaru Macaulay yang menghadiri sebuah pameran lukisan baru-baru ini.
Wajah terbaru Macaulay yang menghadiri sebuah pameran lukisan baru-baru ini.

BARU-BARU ini kecoh apabila pelakon filem Home Alone iaitu Macaulay Culkin diramalkan bakal meninggal dunia pada 10 September lalu selepas kesihatannya dilaporkan semakin merosot akibat pengambilan dadah berlebihan.

Bagaimanapun ramalan itu ternyata tidak benar apabila pelakon yang berwajah comel itu kelihatan jauh lebih sihat.

Seperti dilaporkan oleh Daily Mail, Macaulay yang kini berusia 32 tahun dilihat muncul dalam sebuah video bagi mempromosikan pameran seni dan dia kelihatan sihat dan lebih berisi.

Pameran itu akan diadakan di galeri Le Poisson Rouge, New York pada 13 September hingga 15 Disember depan.

"Kami menggunakan semuanya dari sampah, plastik dan kacang kecil untuk karya seni ini," katanya dalam satu ucapan pendek dalam video tersebut.

Artikel Sebelum

Tom Cruise Kurus Selepas Bercerai

Artikel Berikut

Artikel Lain