Dira Abu Zahar. Foto MUHAMAD ZUL HAFIZ BAHRINPETALING JAYA: Pelakon Dira Abu Zahar mengakui dirinya lebih feminin dan suka bergaya sejak mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof, pada November tahun lalu.Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 28, yang sebelum ini lebih beimej 'tomboy' berkata perubahan itu mungkin berlaku atas faktor usia yang semakin matang, dan pada masa sama ingin tampil menarik buat suami tercinta. "Sebenarnya saya pun tak sedar dengan perubahan ini pada mulanya. Rasanya apabila umur semakin meningkat, perubahan imej juga berlaku."Kebetulan pula rambut saya semakin panjang, jadi saya dilihat lebih feminin. Ya, memang saya lebih 'kewanitaan' berbanding dahulu," katanya.Tambah Dira, dia juga lebih senang memakai pakaian pilihan suaminya memandangkan Helmi seorang yang peka mengenai dengan fesyen-fesyen terkini."Bagaimanapun, suami tak adalah nak suruh saya berfesyen yang melampau. Kalau pemakaian saya tidak kena, dia akan beritahu."Cuma apa yang paling ketara sekali, sekarang ini saya akan mengambil masa selama satu jam untuk bersolek sebelum keluar."Sedangkan dahulu saya sedikit pun tak kisah muka ini perlu dirias atau tidak. Sampaikan anak saya, Anggun, pun tanya, 'mama nak ke mana ni muka cantik-cantik?'," selorohnya.Anggun merupakan anak hasil perkahwinannya dengan bekas suami Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid yang bercerai pada 8 April 2010.Sementara itu, lakonan terbaru Dira dapat disaksikan menerusi filem Untuk Tiga Hari yang bakal ditayangkan pada 20 September ini.Selain Dira, antara barisan pelakon lain ialah Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Zizan Nin, Zizan Razak, Afdlin Shauki dan Ainul Aishah.