suria

Rozita Che Wan Sudah Ada Facebook

Rozita turut merancang untuk membuka akaun Twitter dan Instagram untuk peminatnya selepas ini. - Foto oleh WAHIDUZZAMAN
Rozita turut merancang untuk membuka akaun Twitter dan Instagram untuk peminatnya selepas ini. - Foto oleh WAHIDUZZAMAN
Rozita turut merancang untuk membuka akaun Twitter dan Instagram untuk peminatnya selepas ini. - Foto oleh WAHIDUZZAMAN

KUALA LUMPUR: Pelakon popular Rozita Che Wan akhirnya membuka akaun rasmi di laman Facebook (FB) untuk para peminatnya selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

Rozita, 39, berkata, pertanyaan yang berterusan daripada peminat mengenai aktiviti dan perkembangannya menjadi faktor dia mendaftarkan akaun FB bernama 'Rozita Che Wan (RCW)' di laman itu.

"Saya buat akaun FB kerana mahu mendekati dan berkomunikasi dengan peminat.

Sebenarnya sudah lama mereka bertanya bila saya akan mempunyai akaun FB sendiri.

"Selama lima tahun menjadi pelakon, saya memang tidak pernah ada apa-apa akaun di laman sosial tidak kira FB, Twitter atau Instagram. Sejak tiga hari akaun itu dibuka, saya sudah mempunyai 400 kenalan," katanya.

Rozita berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya anjurannya di sebuah hotel di sini, petang Jumaat.

Pada majlis yang julung kali diadakan itu, Rozita meraikan sekitar 100 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, kenalan artis yang rapat dan wakil media.

Antara kenalan artis yang hadir adalah Dafi, Didie Alias, Enot, Roslan Shah, Azza (Elite), Fazli Zainal, Zain Saidin, adiknya Ayu Raudhah dan adik ipar Mazlan Pet Pet.

Rozita berkata, idea untuk menubuhkan akaun rasmi itu tercetus sejak dia memeterai perjanjian pengurusan artis dengan syarikat Laugh Out Loud (LOL) Entertainment milik penyanyi Dafi, pada awal bulan ini.

"Akaun FB ini bukan sahaja sebagai platform untuk saya berkomunikasi dengan peminat, malah saya dapat berkongsi aktiviti terbaru dan mempromosikan drama televisyen yang saya bintangi.

"Sejak bernaung di bawah pengurusan LOL Entertainment pada awal bulan ini, kami merasakan penubuhan akaun FB ini idea yang baik untuk mendekati peminat dan tujuan kerja.

"Selama ini, saya uruskan hal ehwal kerja sendirian dan tidak berkesempatan untuk mempunyai akaun sosial.

"Bila sudah ada pengurusan ini tentu saya ada waktu terluang sikit untuk berinteraksi dengan peminat di laman itu," katanya.

Mengenai kerjaya, Rozita berkata, dia bakal memulakan penggambaran telefilem komedi terbaru berjudul Bila Daddy Buat PHD di Perlis pada minggu hadapan.

"Saya juga akan terlibat dalam penggambaran sebuah telefilem Hari Raya Haji juga diterbitkan Zeel Productions selepas ini.

"Pada Oktober depan, saya akan terlibat dalam drama bersiri Kiah Pekasam untuk musim terbaru.

"Kami dijangka terbang ke Jepun untuk penggambaran," katanya yang akan bercuti ke London, England dan Paris, Perancis bersama Ayu Raudhah tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain