suria

Badan Makin Berisi, Audy Item Enggan Berdiet

Audy Item
Audy Item
Audy Item

JAKARTA: Penyanyi Audy Item yang kelihatan semakin berisi sejak berkahwin dengan aktor Iko Uwais enggan mengamalkan diet kerana bimbang dia akan jatuh sakit.

Penyanyi berusia 29 tahun itu berkata, perubahan pada fizikal bukan satu isu buat dirinya kerana baginya yang lebih penting adalah memiliki tubuh badan yang sihat.

“Saya tidak kisah mengenai badan makin naik kerana yang penting saya sihat. Bagi saya, kalau badan makin berisi tapi cantik dipandang, ia tidak mengapa.

“Daripada saya bersusah payah mengamalkan diet dan mungkin akan menjejaskan kesihatan pula, lebih baik begini sahaja,” katanya seperti dilaporkan Kapanlagi.

Audy dan Iko berkahwin pada 25 Jun lalu di Hotel Gran Mahakam di sini.

Sebelum ini, timbul desas-desus yang mendakwa perubahan pada fizikal penyanyi lagu Bila Saja itu berpunca daripada kehamilan. Namun, Audy menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya.

“Kalau benar saya hamil, sudah tentu saya akan ubah penampilan. Tapi buat masa ini, saya belum hamil. Lihatlah, saya masih memakai seluar jeans dan tiada apa-apa yang berubah,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain