Barisan juri program realiti American Idol musim ke 12. (Dari kiri) Mariah Carey, Keith Urban, Nicki Minaj dan Randy Jackson. (Belakang) Pengacara program Ryan Seacrast. PENCARIAN juri baru American Idol bagi menggantikan Jennifer Lopez, Steven Tyler dan Randy Jackson akhirnya berakhir apabila pihak penerbit mengumumkan barisan lengkap juri program popular itu.Selepas diva terkenal Mariah Carey bersetuju menyertai program berkenaan, dua lagi penyanyi terkenal iaitu Nicki Minaj dan Keith Urban diumumkan sebagai juri baru. Malah pihak penerbit telah melancarkan foto mereka bersama-sama sebagai promosi musim terbaru program tersebut.Sebelum ini Jennifer dan Steven mengundurkan diri dengan alasan ingin memberi fokus kepada karier masing-masing manakala Randy dilaporkan tidak mengundurkan diri sepenuhnya dari American Idol dan akan bertindak sebagai mentor kepada peserta.Program yang telah memasuki edisi ke 12 itu akan menemui peminat pada Jauari tahun hadapan.