Raja AzuraKUALA LUMPUR: Pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura berkata kemesraan dan hubungan baik antaranya dengan bekas suami, Adzmin Osman selepas dua tahun bercerai bukanlah bererti mereka akan bersatu semula sebagai suami isteri.Aktres yang mesra disapa Kak Engku, 40, ini berkata, keakraban itu terjadi secara spontan disebabkan anak-anak mereka. "Tiada apa yang berubah setakat ini. Memang kami masih mesra dan baik tetapi kami tidak berkahwin semula seperti didakwa. Kami jaga hubungan persahabatan ini demi anak-anak."Saya tidak nampak kemungkinan untuk kami bersatu semula dalam masa terdekat tetapi kita tidak tahu soal jodoh pada masa akan datang," katanya ketika ditemui pada pelancaran Konsert Rock & Retro Sinar di sini, petang Rabu.Kak Engku berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan kononnya kemesraan dia dan Adzmin seolah-olah mereka akan bersatu semula sebagai suami isteri.Pasangan itu berkahwin pada Mac 2001 dan berpisah pada 28 September 2010.Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 10, Megat Luqman Hakim, 9 dan Puteri Mia Maizurah, 7.Kak Engku berkata, perasaan sayang terhadap suami itu masih wujud tetapi tidaklah sehingga untuk mereka kembali menjalinkan hubungan dalam rumah tangga."Banyak perkara yang perlu dibaiki jika kami mahu kembali bersama. Buat masa ini, cukuplah kami baik dan mesra sebagai kawan," katanya yang kini memberikan keutamaan kepada kerja dan anak-anak.