Beyonce dikatakan hamil anak kedua selepas lapan bulan melahirkan anak pertama. PENYANYI terkenal, Beyonce Knowles yang baru melahirkan seorang anak perempuan lapan bulan lalu dilaporkan hamil anak kedua.Penyanyi berusia 31 tahun itu dilihat muncul di sebuah restoran pada Ahad lalu dengan baju ketat sehingga menampakkan perutnya yang membesar lapor Showbizspy.com. Wakil kepada penyanyi itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan perkhabaran baru itu."Saya tidak mahu mengulas mengenai kehidupan peribadinya," ujarnya ringkas.Beyonce baru-baru ini memberitahu media dia dan suaminya Jay-Z gembira dengan kehadiran Blue Ivy Carter dan dapat menjaga sendiri cahaya mata mereka itu dan mahukan sebuah keluarga besar."Saya dan suami sangat gembira dapat menjaga sendiri anak kami dan menukar lampinnya. Ia saat paling indah dalam hidup kami," katanya.